Valentine's Day Pumping Heart

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Membuat Corak dan Rekaan

DEFINISI
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:

a) Corak Terancang
b) Corak Tidak Terancang


Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.
Contoh karya



 

 

Jenis susunan dalam corak terancang
Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Susunan Batu Bata
Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

  
Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
Contoh corak tidak terancang ialah:
   
                Ikat dan celup


 
                   Pualaman
 
                    Titisan
 

                Percikan dan renjisan



JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:
1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi
2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.
3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia
4. Rupa atau bentuk angka dan huruf
5. Rupa atau bentuk kraf tradisional.


KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek
b) Corak sebagai elemen hiasan
c) Corak sebagai nilai estetik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS